Kisah Seorang Jurujual Yang Mengambil Alih Syarikat McDonald’s

Anak-anak Patrick iaitu Richard dan Maurice McDonalds dulu bekerja sebagai pemindah barang dan juga tukang cuci di Studio Motion-Picture. Perniagaan makanan bermula apabila Patrick membuka gerai berdekatan dengan Lapangan Terbang Monrovia, California.


Menu yang dijual oleh Patrick pada masa itu adalah sosej dan hamburger dengan harga 10 sen bersama jus oren dengan harga 5 sen sahaja. Maurice yang berumur 37 tahun dan Richard 31 tahun tertanya-tanya tentang impian mereka untuk menjadi jutawan sebelum berumur 50 tahun adakah akan tercapai.


Pada tahun 1940, adik beradik ini telah memindahkan perniagaan mereka menjadi sebuah restoran kecil yang berkonsepkan pandu lalu di San Bernardino, California dan menamakan semula kepada “McDonald’s Bar-B-Que”, boleh rujuk logo seperti kat gambar bawah.

Kisah Seorang Jurujual
Perubahan Logo McDonald’s


Tetapi pada Oktober 1948, mereka sedar bahawa keuntungan terbesar yang mereka dapat adalah daripada menjual hamburger dan mereka boleh dapat banyak lagi keuntungan dengan mengubah suai restoran serta menukar dari pandu lalu kepada sistem layan diri.


Dick berkata bawah mereka adalah orang yang pertama menggunakan teknik ini dalam industri makanan. Selepas setahun beroperasi dengan sistem baru, mereka menukarkan menu keropok kentang dan pai apple dengan kentang goreng dan milkshake.

Kisah Seorang Jurujual
Hanya tinggal papan tanda di McDonald San Bernardino, California


Bagi mempercepatkan servis, Mac dan Dick menghasilkan sistem beratur ketika pelanggan membeli makanan dan juga menyediakan makanan lebih awal. Restoran itu dinamakan semula sekali lagi kepada yang lebih ringkas, iaitu “McDonald’s” yang anda lihat macam hari ini, dan dibuka semula pada 12 Disember 1948.


Mereka berusaha berjumpa dengan 4 arkitek dan akhirnya memilih Stanley Clark Meston dari Fontana. Kerja-kerja membina bangunan baru McDonald’s mereka telah mula dilakukan.

Kisah Seorang Jurujual
Richard Dan Maurice McDonald’s


Akhirnya rekabentuk restoran mereka siap dan sangat menarik perhatian dengan jubin seramik berwarna merah dan putih, lampu neon merah, putih kuning dan hijau, serta satu lengkungan logam berwarna kuning setinggi 25 kaki, yang digelar sebagai “golden arches”. 


Perubahan yang unik juga telah dibuat oleh McDonald’s sendiri apabila mengubah restoran mereka menjadi rangkaian “fast-food”. 


Mereka juga menghasilkan tempat duduk tetap dan bersudut supaya pelanggan makan lebih cepat dan menjauhkan kerusi antara satu sama lain supaya pelanggan kurang bersosial di dalam restoran.

Kisah Seorang Jurujual
McDonald’s North Central Avenue yang pertama menggunakan rekabentuk baru


Pada tahun 1953, Mac dan Dick mula mencari individu yang mahu membuka restoran mereka secara francais, dan Neil Fox, seorang pengedar untuk General Petroleum Corporation dan orang pertama yang menyertai McDonald’s.


Restoran Neil Fox adalah restoran McDonald’s pertama yang menggunakan rekabentuk baru arkitek Stanley Clark Meston dan telah dibuka pada Mei 1953 di North Central Avenue, Phoenix, Arizona. 


Restoran kedua menyusul 3 bulan selepas yang pertama beroperasi, kali ini oleh dua abang ipar Neil Fox, Roger William dan Burdette Landon di Lakewoo Boulevard di Downey, California.

Kisah Seorang Jurujual
Ray Kroc


Pada tahun 1954, Ray Kroc, seorang jurujual mesin pembuat milkshake berjenama Multimixer telah mendapat tahu bahawa restoran McDonald menggunakan 8 mesin yang dijualnya di restoran di San Bernardino. 


Ray pergi melihat sendiri apa yang berlaku. Beliau merasakan McDonald’s berpotensi tinggi dan merupakan sebuah tiket kejayaan baginya, Ray kemudiannya mencadangkan supaya restoran McDonald’s di-francaiskan ke seluruh negara.


Ray kemudiannya meyakinkan mereka dengan menawarkan untuk bertanggungjawab sepenuhnya untuk membuka francais baru di tempat lain.


Akhirya Ray diberikan hak untuk menubuhkan francais McDonald’s di seluruh Amerika Syarikat kecuali kawasan di California dan Arizona yang telah menjadi kawasan Mac dan Dick.

Kisah Seorang Jurujual
McDonald’s pertama dibuka oleh Ray Kroc di Des Plaines, Illinois


Francais pertama yang dibuka boleh Ray adalah di Des Plaines, Illinois pada 5 April 1955 dan seterusnya menubuhkan McDonald’s Corporation. 


Setelah restoran pertama Ray beroperasi, beliau mencari orang baru untuk dijual francais kepada mereka, dan ia tidak mengambil masa yang lama. 


Namun, pada tahun 1956, Ray telah mendapat tahu bahawa Mac dan Dick telah memberikan hak perlesenan di Cook County, Illinois kepada syarikat aiskrim Frejlach, hanya 53 kilometer dari francais kepunyaan Ray. 


Ray yang marah dengan tindakan Mac dan Dick kerana tidak memberitahunya terlebih dahulu akan perkara tersebut kemudiannya membeli semula hak itu daripada Frejlach dengan harga 5 kali ganda harga yang dibeli Frejlach, iaitu RM107,150.

Kisah Seorang Jurujual


Akhirnya, pada tahun 1961, Ray Kroc telah membeli semua hak perlesenan McDonald daripada Maurice dan Richard McDonald dengan harga hampir RM12 juta bersamaan RM98 juta pada tahun 2017. 


Walaupun nama McDonald’s masih kekal, tetapi ianya menjadi hak milik Ray, dan adik beradik McDonald yang pada mulanya mengasaskan dan mengusahakan perniagaan ini hanya tinggal kenangan sahaja.


Namun, Mac dan Dick mengekalkan restoran McDonald pertama di San Bernardino dan menukar nama kepada “The Big M” dan menghasilkan papan tanda seolah-olah huruf M. 


Untuk membalas dendam, Ray membuka francais McDonald berdekatan restoran tersebut yang akhirnya membuatkan The Big M gulung tikar.

Kisah Seorang Jurujual


McDonald’s kemudiannya semakin berkembang dan pada tahun 1968, francais ke-1000 telah dibuka. Fred Turner telah dilantik sebagai presiden syarikat manakala Ray Kroc kekal sebagai pengerusi dan CEO sehingga 1973.


Namun disebalik cerita ini, terdapat banyak dakwaan bahawa Ray Kroc menipu dan menekan dua beradik pengasas McDonald ini, sehingga membuatkan Maurice McDonald mati akibat sakit jantung, dan Richard McDonald hanya mempunyai simpanan hanya RM7.7 juta ketika beliau mati. 


Ray Kroc pula, yang mati pada tahun 1984, meninggalkan harta sebanyak RM2.14 billion.

Sumber Rujukan : Iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *