“Kononnya, Untuk Mengurangkan Ketagihan Terhadap Morfin, Tetapi…”


Dalam dunia ni siapa je tak pernah minum Coca-Cola kan? At least 1 kali seumur hidup mesti pernah minum, tapi majoriti antara kita memang pernah minum air Coca-Coala ni.


Tapi ada jugak sesetengah orang ketagih dengan minuman ni sebab rasanya sangat sedap dan rasanya memang unik. Ada yang mengatakan cara membuat Coca-Cola ni dirahsiakan, tiada siapa pun yang tahu resepinya.

Pengasas Coca Cola


Tapi korang rasa, siapa agaknya yang nak hasilkan air Coca-Cola ni sampai boleh terkenal satu dunia dan satu dunia dah pernah meminumnya.


Dia ada John Pemberton, idea untuk buat minuman Coca-Cola adalah darinya jugak dan dia lah manusia bertanggungjawab untuk menghasilkan minuman ini.


Ramai tak tahu kisah John Pemberton. Pada asal minuman ini diciptkan bukan untuk kaya bila menjualnya akan tetapi adalah untuk mengurangkan ketagihan terhadap Mofrin iaitu sejenis dadah.


Beliau seorang penagih dadah yang sangat-sangat tegar dan kematiannya jugak adalah disebabkan dadah Morfin. Beliau dilahirkan pada tahun 1831 di Georgia, Amerika Syarikat.


Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Reform Medical College of Georgia dan pada tahun 1850 beliau berjaya memperoleh lesen dalam bidang farmaseutikal. Pada tahun 1853, beliau berkahwin dengan Ann Eliza Clifford Lewis dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Pembuatan Coca Cola


Bila dah terlalu ketagih dengan dadah jenis Morfin, beliau cari idea macam mana nak mengurangkan ketagihan tersebut dengan membuat eksperimen dengan Coca, iaitu tumbuhan dari mana kokain diperolehi.


Beliau cuba untuk mencampurkan ekstrak Coca dengan kacang kola dan akhirnya ia menjadi Coca Cola, dan terus beliau cuba minum untuk pertama kalinya dan merasakan minuman tersebut sangat unik dan sedap serta menjangkakan minuman ini boleh dipasarkan di pasaran.


Dan beliau mencuba untuk hasilkan banyak lagi dan membawanya ke farmasi untuk persampelan. Ramai yang berminat dan menyukai minuman tersebut. Beliau cuba untuk menambah sedikit resepi iaitu air berkarbonat dan telah bekerjasama dengan Willis E. Venable, iaitu seorang pemilik kedai farmasi untuk menambah baik resipinya itu.


Pada mulanya, minuman Coca Cola ini adalah sebagai minuman untuk kesihatan dan lama kelamaan dijadikan sebagai air minuman ringan.


Dan orang yang bertanggungjawab memberi nama Coca Cola ini adalah Frank Mason yang menggunakan gabungan bahan utama untuk menjenamakan minuman tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *